Sunday, May 17, 2009

u can be...

. Sunday, May 17, 2009 .

u can be
a doctor & saves lives
a lawyer & defends lives
a soldier & protects lives
or simply be
URSELF
a teacher who touches lives.
Happy Teacher's Day

(Read More..)

Thursday, May 14, 2009

Rahsia Cemerlang Matematik

. Thursday, May 14, 2009 .

R1 - RECOPY
R2 - REWORK ALL MODELS 5X
R3 - RECITE OUT LOUD
R4 - RECHECK
R5 - REASONABLENESS

R1 - RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)
Salin dengan tulisan yang terang.Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman. Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil. Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait. Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami. Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.

R2 - REWORK ALL MODELS 5X (BUAT SEMULA SEMUA CONTOH-CONTOH PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI)Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.Selesaikan secara pantas.Teknik ini meningkatkan kemahiran.Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama dan begitulah seterusnya.Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.Hari Sabtu, Ahad, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah Matematik yang bertaraf peperiksaan.

R3 - RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)
Lafazkan.Suara anda harus dikuatkan.Lafazkan formula berulang-ulang.Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan (teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkah-langkah penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).

R4 - RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)
Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.

R5 - REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)
Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun Sejarah atau Geografi.Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.
Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan
LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.
Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja.
Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan taku buku-buku tersebut mengalami kekotoran.
Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.
Satu teknik lagi yang harus anda amalkan ialah ketika anda berdiri di stesen bas atau ketika anda berada di dalam bas atau kereta. Anda perhatikan nombor kereta. Katakan nombor kereta yang anda lihat itu ialah SA8978R. Campurkan sepantas kilat 8+9+7+8=32. Ya, jawapannya ialah 32. 8+9=17, 7+8=15 dan 17+15 = 32. Atau darabkan 8x9=72, 72x7=152, 152x8=1216; 150x8=1200 dan 2x8=16, 1200+16=1216. Latihkan diri anda setiap hari. Yakinlah Matematik anda akan menjadi pantas.
Amalkan juga selalu pembelajaran Matematik cara pembayangan (visualization) sebelum terlena tidur, atau semasa berada di tandas, di perpustakaan dan sebagainya. Pastikan kekuatan mental anda. Jangan lupa sarapan pagi yang baik setiap hari seperti telur, susu, buah-buahan, ikan, daging (burger) dan lain-lain makanan yang berzat. Kurangkan makanan yang mengandungi gula putih yang tinggi seperti coklat, biskut, keropok, kek, kuih, dan juga minuman-minuman manis dalam kotak, botol atau tin.
Pastikan anda faham penggunaan 20 peringkat masa-masa rahsia pelajar cemerlang.

(Read More..)

Selamat Hari Guru

.


Logo Hari Guru
Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru- Menunjukkan perpaduan muhibah.
~Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara. Dari bawah didapati satu garisanb ulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru~

Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakatDan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Selamat Hari Guru kepada semua guru...

(Read More..)